Anda di sini

Penduduk terjejas banjir terima bantuan: Madius

Advertisement
MADIUS ketika meninjau masalah banjir di Sg Topokon.
MADIUS ketika meninjau masalah banjir di Sg Topokon.

TUARAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memberi jaminan kepada penduduk kampung di daerah ini yang terjejas akibat banjir akan menerima bantuan daripada kerajaan.

 
Beliau memberikan jaminan itu ketika meninjau masalah banjir serta sesi dialog bersama pemimpin setempat dari beberapa kampung di kawasan Topokon yang terjejas banjir akibat hujan beterusan baru-baru ini.
 
"Saya sendiri akan memastikan bantuan yang sewajarnya diberikan kepada penduduk yang terjejas," katanya yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
 
Lawatan banjir dan sesi dialog itu turut dihadiri wakil Pejabat Daerah Tuaran, Jabatan Pengairan dan Saliran Tuaran, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pengerusi JKKK dan ketua-ketua kampung dari Kg Topokon, Tinambak/Monguwou, Rongolis, Bulieng dan Bundung yang terlibat.
 
Madius  yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, kehadiran ketua-ketua jabatan dari daerah ini telah memberi peluang kepada pemimpin setempat untuk mendapat penjelasan mengenai keadaan bencana alam terbaharu itu.
 
Beliau turut meminta pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan kajian intensif mengenai masalah banjir di kawasan terlibat di samping mengambil maklumat lengkap penduduk yang mempunyai masalah dan mahu tindakan penyelesaian dilakukan.
Advertisement