Anda di sini

Jalan Bersatu perlu dibuka dua hala

Advertisement
PHOONG (kiri) ketika dalam sidang media itu.
PHOONG (kiri) ketika dalam sidang media itu.

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Jalan Bersatu yang menghubungan KPJ Damai ke Citymall dibuka menjadi laluan dua hala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe berkata, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) wajar mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kerjaraya di sini bagi membincangkan perkara itu.

"Laluan ini sangat strategik dijadikan dua hala memandangkan ia akan menyenangkan penduduk setempat dengan juga dijadikan laluan kecemasan pihak hospital.

"Saya berharap laluan ini dapat dibuka menjadi dua hala di masa hadapan," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sejak menjadi Adun Luyang, pelbagai aduan telah dikumpul dan akan diutarakan kepada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, aduan itu sebenarnya dikumpul sejak beliau menjadi pembangkang sebelum ini.

"Antara aduan daripada masyarakat di sini adalah berkaitan dengan masalah sistem perparitan, kekurangan tempat letak kenderaan, keperluan tanda jalan, masalah pengurusan sampah dan banyak lagi," katanya.

Menurutnya, perkara-perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan tindakan yang segera agar mampu mengurangkan masalah rakyat.

  • oleh
  • Advertisement