Anda di sini

18 ahli Kelana Daerah Sibuga jayakan program Ihsan Ramadan

Advertisement
SOFIE (tengah) merakam gambar kenangan bersama Nourhazwan (dua kanan), Affindy dan Sitty.
SOFIE (tengah) merakam gambar kenangan bersama Nourhazwan (dua kanan), Affindy dan Sitty.

SANDAKAN: Seramai 18 ahli Kelana Daerah Sibuga bersama tiga pemimpin kumpulan menjayakan program Ihsan Ramadan Kelana Daerah Sibuga yang diadakan di sekitar Bandar Sandakan bermula jam 10 malam hingga 12 tengah malam Sabtu.

Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana yang juga penyelaras program Mohd Sofiee Ag Basrih berkata program anjuran Unit Kelana Daerah Sibuga pada kali ini adalah berkonsepkan memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli pengakap bersama masyarakat.

"Alhamdulillah buat julung kalinya daerah Sibuga di bawah Unit Kelana menganjurkan program ini, yang mana pada program kali ini memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang nilai-nilai positif yang perlu dipupuk pada diri masing-masing.

"Sikap seperti membantu serta bersedekah itu perlu ada dan bukannya khusus pada bulan Ramadan sahaja malah amalan ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting pengalaman sebegini tidak semua yang merasa dan mampu mendekati golongan kurang berkemampuan ini malah dengan terlaksananya program kali ini juga memberi sedikit pengalaman kepada ahli pengakap itu melihat sendiri keadaan mereka yang kurang kemampuan serta mendekati golongan yang tiada tempat tinggal.

SEORANG ahli pengakap menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang wanita yang tiada tempat tinggal.
SEORANG ahli pengakap menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang wanita yang tiada tempat tinggal.

"Terima kasih juga kepada Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Sandakan Nourhazwan Awang Zaini kerana sudi hadir untuk bersama-sama pada program ini. Tidak lupa pada semua ahli pengakap Kelana Daerah Sibuga yang mana terlibat secara langsung pada program kali ini," katanya.

Hadir sama, Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Program Affindy Kalong dan Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Hal Ehwal Wanita Sitty Nur Syamsuriah.

  • oleh
  • Advertisement