Anda di sini

Iftar Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Wings

Advertisement
 Persembahan Datuk Awie bersama kumpulan Wings.
MENGHIBURKAN: Persembahan Datuk Awie bersama kumpulan Wings.

SATU majlis iftar yang bertemakan ‘Iftar Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Wings’ telah diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara yang bertemakan pakaian busana Melayu tradisional itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat serta sayap-sayap Wings.

Menurut Datuk Awie yang turut membuat persembahan bersama kumpulan Wings malam tersebut berkata beliau begitu teruja dengan sambutan yang menggalakkan, membuatkan beliau berasa tidak mahu berhenti menyanyi.

“Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar seperti mana yang telah dirancang dan sebenarnya kami telah menyenaraikan lebih banyak lagu untuk dipersembahkan namun kita menghadapi kekangan masa,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

“Berbanding tahun lepas, sambutan pada kali ini lebih meriah dengan pengisian lagu yang lebih menarik dan membuat kami terus dan terus sambung menyanyi,” tambah beliau.

10 TAHUN SAYAP-SAYAP WINGS

Majlis itu turut meraikan anak-anak yatim dan menyampaikan sumbangan kepada mereka serta meraikan 10 tahun Sayap-Sayap Wings serentak dengan pelancaran logo baharu mereka selepas tempoh tersebut.

Pelakon Nadzia Mustaffa yang turut hadir pada majlis itu berkata bahawa tahun ini merupakan tahun kedua beliau menghadiri majlis tersebut dan menjelaskan yang beliau akan sentiasa memberikan sokongan kepada Datuk Awie dan Sayap-Sayap Wings dalam apa-apa aktiviti yang mereka lakukan.

Selain dihiburkan oleh kumpulan Wings, tetamu yang hadir pada majlis tersebut juga disajikan dengan persembahan menarik daripada kumpulan Uda Dan Dara. — Bernama

Advertisement