Anda di sini

Kempen Meriah Bersama Astro 2018 diteruskan di saluran khas ‘Raya HD’

Advertisement
 

SALURAN Ramadan HD di 122 yang dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan NJOI sejak 12 Mei lalu akan diambil alih oleh saluran Raya HD selama sebulan bermula 14 Jun ini sehingga 15 Julai.

Untuk pengisian raya pada tahun ini, pelbagai pengisian hebat telah diselaraskan oleh Astro untuk pelanggan setianya merangkumi kandungan eksklusif di platform digital, televisyen, radio dan acara lapangan bagi memberikan hiburan berterusan untuk menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Menurut Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan kembali silaturahim dan ikatan persaudaraan menerusi tradisi ziarah dan saling berkunjungan sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen atau gajet pilihan di ruang digital.

“Memanfaatkan semangat kemeriahan dan kebersamaan ini, Astro menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Meriah Bersama’ dengan menghimpunkan program-program terhebat merangkumi rancangan hiburan, kandungan premium dan digital terma-suklah liputan sukan dan berita di kesemua platfrom yang kami miliki,” katanya.

Tambah beliau lagi, saluran Raya HD ini istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tamba-han sepanjang Syawal.

Pada tahun ini, saluran Raya HD bakal membawakan sebuah program khas secara langsung berjudul ‘Bonanza Raya’ pada malam raya yang menawarkan pelbagai hadiah hebat termasuklah wang tunai untuk dimenangi dengan hanya menjawab soalan mudah yang bakal dipaparkan.

Sebagai bonus, program ini turut disiarkan secara serentak di enam saluran iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132) dan Astro Bella (133).

Antara program hiburan dan muzikal yang disajikan termasuklah Gegar Raya Vaganza, Caca Marba Glamour Raya (menampilkan selebriti dari program AF, GV & MLM), Rumah Terbuka AF2018 dan banyak lagi.

Pelbagai drama hebat termasuklah episod ‘spin-off’ menarik yang menampilkan nama-nama popular tanah air turut menanti antaranya ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’ yang diterajui oleh Neelofa, Zul Ariffin dan Scha Alyahya dan ‘Awak Suka Saya Tak Raya’ (Emma Maembong & Alvin Chong).

Manakala telefilem terhebat turut dibariskan seperti ‘Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati’ (Sabri Yunus), ‘Jihan Nak Disiplin Anak’ (Jihan Muse & Ungku Aziz), ‘Matilanak’ (Sepahtu, Mark Adam, Mat Dan), ‘Bini Aku Dari...’ (Sharifah Sakinah & Aiman Hakim), ‘Renyai Takbir Raya’ (Aaron Aziz, Sharifah Sakinah, Anzalna Nasir) dan ‘Batang Buruk Batu Lesung’ (As’ad Motawh & Ismail Izzani).

Program berunsur lawak dan komedi juga bakal menghiburkan penonton seperti ‘Sepahtu Reunion Al Raya’, ‘Muzikal Lawak Raya’, ‘Bocey & Friends Raya Lah Pulak’, ‘Pangggung Karoot Pok Ya’ dan juga ‘Opocot Melatah Raya’.

Program khusus untuk kanak-kanak dan animasi juga turut ditayangkan seperti Ceria Megastar Raya, koleksi klip video lagu raya Omar & Hana serta Oh My Family Raya.

Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa turut menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini seperti ‘Abang Long Fadil 2’, ‘Pinjamkan Hatiku’, ‘Tombiruo’, ‘Snow White & Huntsman’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, ‘Jurassic World’, ‘Bahubali’, ‘Bad Genius’ dan banyak lagi.

Untuk pengisian digital, pelbagai kandungan digital yang hebat seperti filem pendek, program realiti, kembara, bual bicara, muzikal, penstriman muzik dan radio telah disusun sepanjang Syawal di kesemua platform digital termasuklah portal Gempak, Rojak Daily Kaw, Drebar, saluran YouTube Thinker Studio, majalah In Trend dan Aplikasi RAKU.

Untuk pilihan alternatif, pelanggan boleh turut melayari pusat sehenti maya, www.meriahbersama.com.my untuk menonton dan mendapatkan info terkini program dan aktiviti Astro sepanjang Syawal.

Kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif turut bersama-sama meraikan kedatangan Aidilfitri dengan mempertaruhkan filem televisyen (FTV) bergenre seram-komedi berjudul ‘The Hantus’ untuk dilanggan bermula pada Hari Raya Pertama.

FTV ini merupakan filem pertama syarikat produksi pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan diarahkan sendiri oleh beliau.

Khas buat peminat sukan bola sepak, sambutan Aidilfitri kali ini tentunya lebih meriah dengan liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan yang dibawakan secara eksklusif oleh Astro selaku penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia yang kebetulan jatuh sewaktu musim perayaan ini.

Bagi memberi kelainan untuk kempen tahun ini, Astro meneruskan tradisi dengan membawakan sebuah lagi iklan raya komersial sempena Aidilfitri berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO) yang padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan dalam bentuk komedi santai tetapi penuh bermakna.

Bahang kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 turut disemarakkan mene-rusi jalan cerita iklan ini.

GRPO diarahkan oleh sutradara muda berbakat besar, Quek Shio Chuan yang tular dengan iklan ‘Dugaan Raya Aida’ pada raya tahun lepas.

Advertisement