Anda di sini

Ezra, Eve dan Eliszabeth menangi Kumang Gawai Kanak-Kanak GDB 2018

Advertisement
 Pemenang Kumang Gawai Kanak-kanak 2018 GDB, Ezra (duduk), pemenang tempat kedua, Eve (empat kiri) dan ketiga, Eliszabeth, (empat kanan) bersama-sama jawatankuasa penganjur.
BERTUAH: Pemenang Kumang Gawai Kanak-kanak 2018 GDB, Ezra (duduk), pemenang tempat kedua, Eve (empat kiri) dan ketiga, Eliszabeth, (empat kanan) bersama-sama jawatankuasa penganjur.

MESKIPUN masih kanak-kanak, namun kecantikan dan keayuan tetap terserlah, menyebabkan Ezra Gloria,11, dinobatkan sebagai pemenang Kumang Gawai Kanak-Kanak 2018, yang dianjurkan sempena dengan Gawai Dayak Bazaar (GDB) di Miri, tahun ini.

Tempat kedua pertandingan tersebut dimenangi oleh Eve Andriana, 6, manakala tempat ketiga ialah Eliszabeth Clarissa, 11.

Pertandingan itu yang dibuka untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun, disertai oleh 13 kanak-kanak perempuan dan merupakan  tahun ketiga ia dianjurkan sempena GDB.

Sementara itu kesemua pemenang menerima hadiah berupa sijil, piala, wang tunai, hamper dan selendang, yang disampaikan oleh bendahari GADS, Dina Garus.

Selain pertandingan Kumang Gawai Kanak-kanak, turut diadakan pada malam tersebut ialah persembahan sape daripada Stephen Kayang Aloi yang juga pemenang tempat ketiga pertandongan sape GDB tahun lepas.

Advertisement