Anda di sini

Beli rempah ratus di Arab Saudi untuk jamin keaslian Nasi Arab

Advertisement
 Zulhasnan menunjukkan antara menu Nasi Arab Asli berasaskan Ayam Golek yang disediakan untuk para pelanggan yang datang untuk menjamu selera di Gong Nering Besut sempena bulan Ramadan ini. — Gambar Bernama
GAMIT TUMPUAN: Zulhasnan menunjukkan antara menu Nasi Arab Asli berasaskan Ayam Golek yang disediakan untuk para pelanggan yang datang untuk menjamu selera di Gong Nering Besut sempena bulan Ramadan ini. — Gambar Bernama

DEMI menjamin keaslian menu Nasi Arab di restorannya, pengusaha Restoran Nasi Arab Al-Amin di Jertih Zulhasnan Abdullah, 32, sanggup terbang ke Arab Saudi untuk membeli rempah ratus bahan masakan menu istimewanya itu.

Perkara itu, bagaimanapun tidak sukar bagi beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi Munawwar Travel and Tours Sdn Bhd di Jertih yang menawarkan perkhidmatan membawa jemaah haji dan umrah ke Mekah dan Madinah setiap bulan.

Walaupun harga hidangan itu agak mahal, namun nasi Arab yang dikatakan berasal dari Timur Tengah itu cukup digemari masyarakat Malaysia kerana dikatakan sedap dan sesuai dengan selera mereka, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Kini semakin banyak restoran nasi Arab dibuka di negara ini, baik oleh pengusaha warga Arab sendiri ataupun rakyat tempatan.

Menyedari adanya persaingan sengit menyebabkan beliau sanggup terbang ke Arab Saudi untuk mendapatkan rempah ratus menu nasi arab jualannya itu.

Selain menggunakan bahan-bahan yang diperoleh di Arab Saudi, restoran yang dibuka lebih setahun lepas itu turut menggaji dua chef dari Arab Saudi. — Bernama

Advertisement