Anda di sini

Tuntut autonomi lebih besar, 22 terbunuh bertempur di Cameroon

Advertisement

YAOUND: Seramai 22 orang terkorban dalam pertempuran dengan pihak tentera di Cameroon, menurut seorang ahli parlimen pembangkang kelmarin, dalam keganasan terbaharu yang melanda barat laut terpencil, di mana pihak pemisah daripada pihak minoriti berbahasa Inggeris berjuang untuk autonomi yang lebih besar.
Identiti mereka yang terkorban masih belum jelas, dengan pihak tentera menyatakan mereka sebagai ‘pengganas’ dan penduduk kampung menyatakan mereka adalah penjenayah.
Pertempuran muncul selepas duta AS ke Cameroon menuduh pasukan tentera kerajaan pada awal bulan ini sebagai melakukan pembunuhan yang disasarkan dan penderaan lain dalam pertempuran menentang pihak militia yang inginkan kemerdekaan.
“Dua puluh dua orang telah terbunuh pada Jumaat lepas di Menka semasa satu konfrontasi… (di antara pihak tentera dan) sekumpulan orang yang  dikatakan sebagai penjenayah,” menurut Nji Tumasang, seorang anggota bagi pihak pembangkang berbahasa Inggeris Social Democratic Front (SDF) di Santa, kawasan di mana terletaknya pekan Menka.
Keganasan di antara pengganas dan pasukan tentera kerajaan telah berlaku hampir setiap hari di wilayah sejak satu krisis politik berlaku pada lewat 2016.
Seorang pegawai tetera mengesahkan insiden tersebut, bercakap mengenai “beberapa pengganas yang telah dineutralkan.”
“Sekumpulan pengganas telah dilaporkan di Menka” dan  pihak tentera  campur tangan untuk mengepung hotel di mana mereka berada, jurucakap tentera Kolonel Didier Badjeck berkata di dalam Facebook.
Beliau menambah bahawa seorang “pengawal telah memaklumkan (penghuni hotel) yang bangkit bagi kejadian tembak-menembak berlangsung selama beberapa minit.”
Beberapa  jenis senjata dan peluru telah dirampas, tambah beliau.
Satu delegasi SDF diketuai oleh pemimpinnya John Fru Ndi telah melawat Menka kelmarin, menurut Tumasang.
“Penduduk di kampung telah mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian berbalas tembakan, dan beberapa mayat ditemui di dalam bilik motel tersebut,” kata  Tumasang. 
“Di kampung, orang tidak memikirkan mereka sebagai pemisah, namun sebaliknya  sebagai penjenayah”, kata beliau lagi.
Beliau menambah bahawa beberapa buah keluarga di Menka telah memberitahu beliau bahawa 18 orang telah turut terbunuh pada Khamis lepas. Mayat lapan orang pemuda telah ditemui, menurut kepada beberapa orang saksi.
Kehadiran satu puak minoriti yang besar berbahasa Inggeris – kira satu perlima dari populasi  seramai 22 juta orang di Cameroon – semenjak zaman koloni lagi.
Ia pernah menjadi sebuah koloni Jerman dan telah dipisahkan di antara Britain dan Perancis selepas Perang Dunia I.
Pada tahun 1960, bahagian Perancis telah memperolehi kemerdekaan, menjadi Cameroon, dan pada tahun berikutnya, Cameroon Selatan yang diperintah oleh British telah digabungkan ke dalamnya, menjadi Wilayah Barat Laut dan Barat Daya.
Selama beberapa tahun, tentangan terbentuk di kalangan penduduk berbahasa Inggeris, berlaku akibat peminggiran  yang dialami dalam pendidikan, kehakiman dan ekonomi di tangan penduduk majoriti berbahasa Perancis.
Permintaan bagi kuasa autonomi yang lebih besar telah ditolak oleh Presiden Paul Siya berusia 85 tahun, memegang kuasa selama lebih dari 35 tahun, membawa kepada satu peningkatan yang melihat deklarasi bagi pemerintahan sendiri “Republic of Ambazonia” pada Oktober tahun lepas. — AFP
 

Advertisement