Anda di sini

Salah diragui dapat beraksi di Rusia

Advertisement
CEDERA: Salah (baring) mengerang kesakitan selepas dikasari oleh Ramos (kiri) pada aksi di Kiev, Ukraine Sabtu lepas. — Gambar AFP

KIEV, Ukraine: Penyerang Liverpool yang juga penyerang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah, diragui dapat beraksi untuk Piala Dunia 2018 selepas mengalami kecederaan bahu ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara di sini Sabtu lepas, menurut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Salah, yang menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini, meninggalkan padang dengan tangisan pada minit ke-31 selepas diasak oleh kapten Real Madrid, Sergio Ramos.
Beliau cuba untuk meneruskan permainan selepas menerima rawatan dalam padang tetapi akhirnya terpaksa menamatkan permainan lebih awal.
Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Mesir berkata menerusi laman sosial Twitter, di mana Salah mengalami kecederaan terseliuh tulang bahu dan mereka berasa yakin pemain itu akan kembali cergas untuk Piala Dunia.
Menteri Belia dan Sukan Mesir, Khaled Abd El-aziz berkata menerusi laman Facebook: “Salah dijangka memerlukan rawatan dalam dua minggu. Beliau akan terus kekal di Liverpool dan menjalani proses pemulihan di sana sebelum menyertai kem latihan Mesir di Itali.’
Beliau menambah Salah akan berada dalam skuad akhir Mesir ke Piala Dunia, yang akan diumumkan pada 4 Jun.
Klopp sebelum itu memberitahu satu sidang media selepas perlawanan: “Ia kecederaan serius, benar-benar serius. Beliau ke hospital untuk pemeriksaan x-ray. Ia sama ada tulang bahu atau di bahagian bahu sahaja tetapi ia tidak kelihatan bagus.
“Kami kehilangan pemain yang sangat penting, seperti Mesir kehilangan pemain penting di Piala Dunia tetapi saya berharap ia tidak berlaku,” kata beliau.
Prestasi Salah musim ini, selepas perpindahan dari AS Roma, menjadikan beliau pemain terbaik Liverpool dan juga wira di tanahairnya. Mesir akan beraksi di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990 dan akan menentang pasukan tuan rumah, Rusia selain Uruguay dan Arab Saudi dalam Kumpulan A. — AFP 

Advertisement