Anda di sini

Kolej i-Systems Miri tawar Diploma Amalan Pengurusan Halal

Advertisement
 Pegawai Pendaftaran Kolej i-Systems Siti Rahmah (kiri) dan Ketua Eksekutif Kolej i-Systems Penny Rudang memegang surat kelulusan daripada MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan Diploma Amalan Pengurusan Halal.
YANG PERTAMA: Pegawai Pendaftaran Kolej i-Systems Siti Rahmah (kiri) dan Ketua Eksekutif Kolej i-Systems Penny Rudang memegang surat kelulusan daripada MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan Diploma Amalan Pengurusan Halal.

MIRI: Permintaan global bagi produk halal semakin meningkat terutama makanan dan minuman. 
Memandangkan permintaan semakin meningkat, Malaysia menubuhkan dan menjadi hab makanan halal antarabangsa. 
Di Sarawak, kerajaan negeri menubuhkan Hab Halal Tanjung Manis sebagai pusat kepada pembangunan industri halal terutama bidang akuakultur, pertanian, pelancongan, pengeluaran makanan, produk kesihatan dan kosmetik. 
Oleh kerana perkembangan pesat ini, permintaan terhadap profesional mahir yang berpengetahuan dalam industri halal juga meningkat.  
Diploma Amalan Pengurusan Halal ditawarkan Kolej i-Systems Miri menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk membentuk dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat dengan perniagaan industri halal.
Bidang kerjaya dapat diceburi oleh graduan adalah seperti Eksekutif/Penyelia Makanan & Minuman, Eksekutif/Penyelia Jualan, Penyelia Restoran, Juruaudit Halal, Eksekutif Halal, Penyembelih Halal, Pengusaha Barangan & Servis Halal, Pegawai Kualiti, Inspektor Kesihatan/Pegawai Diet, Pengawai Penguat Kuasa Halal dan Pegawai Jaminan Kualiti.
 Kursus diploma ini memfokuskan kepada perkembangan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal pelbagai industri terutama operasi, pengurusan dan penyediaan perkhidmatan makanan kepada pelanggan. 
Ia adalah suatu bentuk pembelajaran di mana graduan dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan halal terbaik serta memastikan amalan-amalan halal diterapkan dalam semua bentuk perkhidmatan berkenaan dengan perindustrian halal. 
Bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi dunia sebenar industri halal, mereka akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan kehendak industri halal. 
Halal bukan hanya satu cara hidup bahkan merupakan suatu industri global. 
Dengan kepentingan sektor komersil seluruh dunia kini industri halal sudah menjadi penyumbang penting dalam semua aspek ekonomi. 
Selepas tamat program ini, graduan dapat:
•Menimba dan mengaplikasikan pengetahuan dalam pengurusan halal dan industri keusahawanan
•Menunjukkan kemahiran yang praktikal dalam bidang pengurusan halal dan keusahawanan
•Menunjukkan ciri-ciri yang baik sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam pembentukan peranan yang efektif dalam sesebuah komuniti
•Menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menegakkan tatasusila yang beretika dalam pengurusan halal dan industri keusahawanan
•Berkomunikasi secara efektif sama ada secara bertulis atau lisan dan dapat bekerja secara berkumpulan
•Berbincang dan menyelesaikan masalah asas berkenaan dengan pengurusan halal serta keusahawanan melalui kaji semula, penilaian dan penyelidikan
•Menunjukkan keterampilan dalam pembentukan diri serta peka terhadap isu semasa berkaitan pengurusan halal dan industri keusahawanan
•Menunjukkan kemahiran asas kepimpinan dalam amalan pengurusan halal dan keusahawanan
Syarat kelayakan masuk Diploma Amalan Pengurusan Halal adalah wajib lulus SPM dengan sekurang-kurangnya tiga kredit untuk mana-mana subjek.
Pelajar dan ibu bapa dinasihati datang ke kolej di Taman Tunku untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus ini. Untuk pendaftaran sila kemukakan slip keputusan SPM dan kad pengenalan.
Pinjaman PTPTN juga disediakan. Pelajar dari luar bandar Miri disediakan penginapan asrama secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 085-615107. Untuk permohonan lebih cepat sila WhatsApp/SMS nama penuh anda dan keputusan SPM ke 016-8793987. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 14 Jun.
Mengenai Kolej i-Systems, Miri Kolej i-Systems, Miri mendidik lebih daripada 500 lepasan SPM dalam bidang Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu. Kolej ini menghasilkan kira-kira 300 graduan menjadi Jururawat Berdaftar, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Juruteknik Makmal Perubatan dan kakitangan Pengurusan Penjagaan Kesihatan sejak lima tahun lalu. Graduan bekerja di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Pada masa ini, kolej menawarkan pelbagai kursus TVET dan diploma menyediakan pelajar mendapatkan kerjaya bermanfaat dalam Teknologi Elektrik, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sistem Maklumat, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Halal.

Advertisement