Anda di sini

YNJ komited membantu

Advertisement
Meletakkan penyaluran bantuan kepada golongan kurang berkemampuan
 
 
KENINGAU: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) komited membantu golongan memerlukan walaupun penaungnya tidak lagi memegang jawatan Yang Dipertua Negeri.
 
Pengerusi YNJ Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar menjelaskan badan amal itu meletakkan penyaluran bantuan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai asas penubuhannya sejak tahun 2012.
AL HAMBRA (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rasinin Rasimin di Kg Jaya Baru.
AL HAMBRA (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rasinin Rasimin di Kg Jaya Baru.
"Yayasan ini ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab mencari dana serta menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di seluruh daerah.
 
"Sumbangan yang kita hulurkan memang tidak sebesar mana, tetapi bagi golongan ini sedikit wang tunai serta barang keperluan dapur amat membantu untuk mengurangkan beban mereka.
 
"Kita yakin dapat meneruskan program ini selagi kita berusaha dengan niat untuk menolong orang susah, bahkan walaupun penaung YNJ tidak lagi memegang jawatan seperti hari ini," ujarnya.
 
Jelas Al Hambra, program YNJ bukan sekadar masuk kampung dan menyampaikan sumbangan semata-mata, tetapi juga membawa mesej kemanusiaan tanpa mengira pangkat, keturunan dan agama.
 
"Kehadiran penaung atau penasihat YNJ menyampaikan sendiri sumbangan dilihat telah memberi kesan yang mendalam kepada penerima. Mereka lebih bermotivasi meneruskan kehidupan setelah diberikan kata-kata semangat," katanya.
 
Tambahnya, sehingga kini lebih 3,000 penerima telah mendapat manfaat termasuk masyarakat di kawasan pedalaman.
NORLIDAH teruja melihat bayi iaitu cucu kepada Matiau @Azman Rajubin di Kg Sinar Jaya.
NORLIDAH teruja melihat bayi iaitu cucu kepada Matiau @Azman Rajubin di Kg Sinar Jaya.
 
Terbaharu, YNJ sedang merangka lawatan serta penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima lagi yang telah dikenalpasti di Long Pasia menjelang September nanti.
 
Beliau menyatakan keyakinan serta pendirian itu ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih di tiga kampung di sini pada Ahad.
 
Hadir sama, Penasihat YNJ Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawilah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains) Zaloha Ahmad.
Advertisement