Anda di sini

Petronas rai 500 keluarga kurang mampu sempena Ramadan

Advertisement
 Syed Zainal Abidin (enam kanan) bersama Mohd Ibrahimnuddin (lima kanan) serta artis jemputan pelakon popular, Fazura (tengah) bersama kanak-kanak Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Rumah Titian Kaseh. — Gambar Bernama
SUMBANGAN: Syed Zainal Abidin (enam kanan) bersama Mohd Ibrahimnuddin (lima kanan) serta artis jemputan pelakon popular, Fazura (tengah) bersama kanak-kanak Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Rumah Titian Kaseh. — Gambar Bernama
 Sukarelawan Petronas Gas Berhad (PGB) dan Jabatan Perundangan Petronas membantu Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR). — Gambar Bernama
MEMBANTU: Sukarelawan Petronas Gas Berhad (PGB) dan Jabatan Perundangan Petronas membantu Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Petronas semalam berkongsi kemuliaan Ramadan bersama  500 keluarga kurang berkemampuan di  Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil menerusi Program CSR, Sentuhan Kasih Petronas.

Program Pasar Percuma Hari Raya itu dianjurkan sukarelawan dari anak syarikat Petronas, Petronas Gas Berhad (PGB) dan jabatan undang-undang Petronas yang bekerjasama menjalankan program tersebut bermula 19 Mei lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PGB, Kamal Bahrin Ahmad berkata program hari ini (semalam) merupakan fasa kedua dalam Sentuhan Kasih Ramadan di kawasan tersebut.

“Fasa pertama minggu lepas kita sampaikan beras yang disumbangkan oleh pekerja Petronas kepada 200 keluarga kurang berkemampuan terpilih dan pakaian Hari Raya untuk anak-anak mereka yang berusia di bawah 17 tahun.

“Manakala untuk minggu ini, kita sampaikan pula barangan terpakai yang dikumpul hasil pemberian  petugas Petronas. Kita telah pastikan barangan yang diberi masih kelihatan baharu, dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan untuk menyambut Hari Raya. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan membuat persediaan Hari Raya.”

Hampir tiga tan barangan terpakai telah berjaya dikumpulkan bagi projek berkenaan yang termasuk pakaian, tudung dan selendang, beg tangan, kasut, alat permainan kanak-kanak, aksesori, peralatan dapur dan perhiasan rumah.

Hadir sama ialah Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Kumpulan Petronas Maliki Kamal Mohd Yasin.

Kamal Bahrin berkata berdasarkan sambutan semalam, Petronas akan meneruskan lagi program itu pada masa hadapan.  

Penganjuran Program Sentuhan Kasih Petronas telah pun memasuki tahun keempat dan diadakan pada setiap sambutan perayaan utama negara. Setiap kali penganjurannya, ia mendapat sokongan daripada seluruh kakitangan Petronas yang menyumbang pelbagai barangan milik mereka. — Bernama

Advertisement