Anda di sini

Peminat ceroboh masuk ke kompleks latihan Brazil

Advertisement
 Seorang kanak-kanak perempuan cuba memanjat masuk ke dalam pusat latihan tempat pasukan Brazil berlatih di Rio de Janeiro, Brazil. — Gambar Reuters
PEMINAT TEGAR: Seorang kanak-kanak perempuan cuba memanjat masuk ke dalam pusat latihan tempat pasukan Brazil berlatih di Rio de Janeiro, Brazil. — Gambar Reuters

RIO DE JANEIRO: Peminat yang ingin melihat sesi latihan kedua terakhir Brazil sebelum skuad kebangsaan berlepas untuk perlawanan persiapan di Eropah bagi Piala Dunia menceroboh pusat latihan kelmarin, tetapi polis menghalang mereka daripada sampai kepada pemain, kata saksi dan laporan berita.

Pencerobohan penyokong berlaku di kompleks latihan Brazil sejak sekian lama tidak jauh dari Rio de Janeiro.

Peminat tiba awal dan ratusan menolak pagar, malah beberapa kanak-kanak yang menangis diangkat di atas kepala orang dewasa untuk menyelamatkan mereka daripada rempuhan.

Penyokong lain memecah masuk, yang memaksa polis untuk mengejar mereka.

Dengan jumlah yang dihadkan, beberapa penyokong tidak dibenarkan masuk ke dalam dan melaung “7-1, 7-1” yang merujuk kepada kekalahan Brazil yang memalukan di tangan Jerman pada peringkat separuh akhir Piala Dunia di tanah air sendiri empat tahun lalu.

Hanya latihan kelmarin sahaja dibuka kepada penyokong dan ia merupakan sesi kedua terakhir sebelum skuad 23 pemain itu berlepas ke Eropah.

Brazil bermain dalam perlawanan pemanas badan menentang Croatia pada 3 Jun di Liverpool, dan Austria di Vienna pada 10 Jun sebelum mereka pergi ke Rusia di mana mereka akan menentang Switzerland, Costa Rica dan Serbia.  — Reuters

Advertisement