Anda di sini

Nam Leong Group buka premis keenam di Miri

Advertisement
 Premis Nam Leong terletak di Senadin Gateway, Miri.
KAMI DI SINI: Premis Nam Leong terletak di Senadin Gateway, Miri.
 Pasar raya Nam Leong yang penuh dengan segala keperluan isi rumah.
KEMAS: Pasar raya Nam Leong yang penuh dengan segala keperluan isi rumah.

MIRI: Nam Leong Group (Nam Leong) semalam mengadakan majlis perasmian kedai keenam dan terbaharu di Miri yang terletak di Pusat Komersial Senadin Gateway, sini.

Merangkumi keluasan ruang niaga seluas kira-kira 10,000 kaki persegi, premis ini terdiri daripada dua tingkat dengan pasar raya menduduki tingkat bawah manakala tingkat pertama menempatkan produk seperti pakaian, keperluan rumah dan alat permainan kanak-kanak.

Selain daripada makanan dan barang-barang keperluan isi rumah, pasar raya juga menempatkan bahagian makanan segar di mana pembeli boleh mendapatkan pelbagai buah-buahan segar, sayur-sayuran dan juga daging dan ayam.

Tingkat pertama menempatkan banyak pakaian lelaki, wanita serta pakaian kanak-kanak yang dijual pada harga berpatutan.

Menurut jurucakap syarikat tersebut, bersempena dengan pembukaan baharu ini, premis ini sedang menganjurkan jualan tiga hari yang bermula semalam (26 Mei) di mana banyak barang termasuk makanan segar seperti sayur-sayuran, ayam dan telur dijual pada harga yang lebih rendah daripada biasa.

Di samping itu, dalam tempoh tiga hari ini, 100 pelanggan pertama akan mendapat hadiah percuma.

Dan menjelang perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri ini, para pelanggan boleh mendapatkan makanan seperti biskut dan minuman.

Nam Leong memiliki salah satu rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka terbesar di Miri.

  • oleh
  • Advertisement