
KOTA KINABALU: Satu mayat bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di tapak pembuangan sampah Kayu Madang Manggatal di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, orang awam menjumpai bayi malang terbabit kira-kira jam 9 pagi pada Ahad.
Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati badan mangsa dalam keadaan bengkak dan ususnya turut terkeluar.
"Mayat bayi ini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Kes Nur Nabila Ismailuddin di talian 013-2809231," katanya mengesahkan kejadian di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.