
PENAMPANG: Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pinapakondis di sini.
Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.50 pagi Ahad itu mengakibatkan kemusnahan 80 peratus di tempat kejadian.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba di lokasi pada jam 8 pagi bersama empat jentera bomba.
Api berjaya dikawal pada jam 8.30 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 8.40 pagi.
Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kejadian masih dalam siasatan bomba.
