Anda di sini

Ikan mati terapung di Sungai Segaliud

Advertisement
KELIHATAN ikan mati terapung di dasar sungai.
KELIHATAN ikan mati terapung di dasar sungai.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk VK Liew terkejut apabila melihat banyak ikan mati yang terapung di sepanjang Sungai Segaliud di Batu 36 Jalan Sandakan-Kinabatangan di Batu Sapi, pagi Ahad.

"Malah, saya boleh hidu bau ikan mati di sepanjang sungai ketika saya sampai di sana. Ikan-ikan ini telah mati sekurang-kurangnya sejak tiga hari lalu," katanya.

Beliau berkata menurut penduduk kampung yang tinggal di tepi sungai, dan mengadu kepada beliau sejak mereka melihat ikan mati dua hari lalu, punca ikan mati itu mungkin disebabkan oleh sungai yang tercemar oleh racun serangga dan baja serta aktiviti pembalakan dan pelepasan efluen dari kilang-kilang minyak sawit yang berdekatan.

"Satu laporan dibuat oleh ketua kampung yang mendakwa terdapat lima kilang sawit berhampiran dan dia (ketua kampung) bersama sekumpulan penduduk kampung semalam mendapati kilang-kilang itu telah melepaskan efluen ke dalam sungai.

"Perkara ini bukan kali pertama berlaku. Saya ingat dari laporan akhbar bahawa insiden itu telah berulang kali berlaku. Walaupun beberapa pemilik kilang telah didenda oleh mahkamah kerana mencemarkan sungai, kesalahan itu berterusan sehingga ke hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Liew berkata penduduk kampung, yang sebahagiannya adalah nelayan, yang bergantung kepada hasil sungai seperti ikan, udang, kerang dan ketam untuk hidup telah terjejas. Setiap isi rumah kehilangan pendapatan harian kira-kira RM150 sehari.

Dengan sungai kini tercemar dengan agrokimia dari kilang, mereka mengharapkan ia mengambil masa kira-kira dua bulan untuk cair. Ia bermakna, mereka tidak boleh pergi ke sungai untuk menangkap ikan.

Malah katanya, kira-kira 60 nelayan yang berdaftar juga akan mengalami kerugian kira-kira RM9,000 selama tempoh dua bulan. Terdapat juga kira-kira 100 nelayan lain yang tidak berdaftar dengan Jabatan Perikanan turut akan mengalami kerugian yang sama.

Beliau berkata Sungai Segaliud, seperti Sungai Kinabatangan yang terletak berhampiran, adalah sumber bekalan air ke Sandakan dan kawasan sekitarnya.

IKAN yang mati dipercayai akibat sungai yang tercemar.
IKAN yang mati dipercayai akibat sungai yang tercemar.

Kualiti air telah menurun dan ini akan memberi kesan yang serius kepada penduduk di Sandakan dan Batu Sapi yang menarik air dari kedua-dua sungai berkenaan.

"Saya akan mengambil perhatian mengenai perkara ini bagi penduduk kampung di Segaluid dan akan melaporkan kepada Menteri Pertanian serta Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan untuk arahan segera kepada jabatan-jabatan yang berkaitan bagi memulakan siasatan," katanya.

Pada masa yang sama katanya, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap kilang-kilang sawit atas kerugian dan penduduk kampung yang terjejas.

"Perkara ini amat menyedihkan lebih-lebih lagi mereka (penduduk kampung) perlu melalui Ramadan dengan tidak mempunyai banyak wang bagi perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

"Sumber pendapatan mereka telah 'diambil' oleh pengendali-pengendali kilang sawit yang tidak bertanggungjawab, yang mesti dibawa ke mahkamah atas perbuatan mereka terhadap alam dan manusia," katanya.

  • oleh
  • Advertisement