Anda di sini

Hirokazu Kore-eda sentuh perasaan penonton dengan filem ‘Shoplifters’

Advertisement
__alt__
__alt__

HIROKAZU Kore-eda – yang memenangi hadiah utama di festival filem Cannes pada minggu lepas – merupakan jawapan Jepun kepada Ken Loach, seorang pengarah yang tidak pernah gagal untuk menyentuh perasaan dengan cerita-cerita mengenai orang biasa yang menghadapi kesusahan.  

Garapannya yang lemah lembut mengenai kehidupan biasa telah dipuji kerana humanisme di dalamnya, dan ‘Shoplifters’, tentang sekumpulan penyangak dan orang kekok di Tokyo yang membentuk sejenis keluarga alternatif, telah dipanggil “‘Oliver Twist’ zaman moden”.  

Variety berkata “gaya hidup protagonisnya yang ala kadar menunjukkan bahawa orang boleh mencari keselesaan walaupun dalam keadaan ekonomi terburuk”.   

Pengkritik berkata filem itu turut mendedahkan bagaimana “kerajaan mengecewakan individu-individunya yang paling memerlukan bantuan”.

Kore-eda – yang memenangi hadiah ketiga di Cannes pada 2013 – memberitahu pemberita bahawa filem itu mungkin filemnya dengan kesedaran sosial yang paling tinggi setakat ini.

Namun menurutnya dia menaruh harapan bahawa kita dapat menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih bagus dan lebih baik hati.

“Mungkin disebabkan oleh filem, orang yang biasanya bergaduh dengan satu sama lain, negara-negara yang berbalah dengan satu sama lain, mungkin dapat bersatu,” katanya.

“Walaupun demikian, titik tolak kepada cerita ini adalah keluarga,” ujarnya.

“Saya bertanya sama ada orang yang tiada hubungan darah dapat membina keluarga dengan meluangkan masa bersama – dapatkah mereka menjalin hubungan yang tidak kurang erat.”

Kore-eda, 55, mencapai kejayaan ‘arthouse’ antarabangsa yang besar dengan kisahnya tentang pertukaran bayi ‘Like Father, Like Son’, yang memenangi hadiah juri di Cannes lima tahun lalu.

Ia menceritakan kisah seorang bapa yang gila kerja dipanggil Ryota dan isterinya terabai dan mencurahkan tenaganya kepada anak lelaki mereka yang berusia enam tahun, Keita.

Tetapi suatu hari kehidupan mereka tunggang-langgang disebabkan oleh satu panggilan telefon dari hospital di mana dia dilahirkan yang memberitahu seorang jururawat telah menukarnya dengan bayi lain.

Pasangan yang satu lagi, seorang pekedai yang suka berseronok dan isteri yang memujanya, kesuntukan wang tetapi membesarkan tiga orang anak yang bahagia.

- Klan sinematik -

Peguam dilibatkan dan Ryota menegaskan dia harus membesarkan anak kandungnya sendiri dan bukan Keita yang baik tetapi tiada hala tuju dan hanya mengenalinya sahaja sebagai seorang bapa.

Pengkritik memujinya sebagai nukilan yang diusahakan dengan cantik mengenai perdebatan antara unsur alam dengan asuhan.

Dilahirkan di Tokyo, Kore-eda mula-mula mahu menjadi seorang penulis novel tetapi kemudian mula bekerja dalam televisyen.

Filem pertamanya ‘Maborosi’ memenangi hadiah di festival filem Venice dan Chicago.

Dia mula disenarai pendek untuk anugerah Palme d’Or di Cannes pada 2001 dengan ‘Distance’, yang meneliti kesan buruk daripada pembunuhan beramai-ramai oleh sebuah kultus ke atas keluarga mangsanya.

Namun ia tidak sehingga tiga tahu kemudian dengan ‘Nobody Knows’ baharulah Kore-eda benar-benar mencapai kejayaan sebenar di luar Jepun.

Seperti kebanyakan filemnya, ia mendapat inspirasi daripada satu peristiwa dalam kehidupan sebenar – empat adik beradik lelaki dan perempuan yang kecil dan ditinggalkan dalam sebuah pangsapuri oleh ibu mereka.

Sejak itu kebanyakan filemnya telah dipertontonkan di Cannes.

Stailnya yang sensitif dan hiba telah dibandingkan dengan stail pengarah legenda dari Jepun, Yasujiro Ozu, yang membuat filem klasik ‘Tokyo Story’ pada 1953.

Seperti di dalam filemnya di Cannes, ‘Shoplifters’, Kore-eda telah membina keluarga pelakon sinematiknya sendiri yang muncul dalam kebanyakan filemnya, termasuk Hiroshi Abe dan Kirin Kiki, yang sering membawa watak nenek yang jahat.

“Semua kami dari generasi yang lebih kurang sama, dan kami sudah sama-sama membuat filem dalam lingkungan usia 40an dan 50an dan mungkin kami akan mem-buat satu lagi pada usia 60an,” katanya. — AFP

Advertisement