Anda di sini

Digi buka outlet baharu di Tingkat Baharu AEON Mall Kuching Central

Advertisement
 (Dari kiri) Chua, Wong, Erwin dan Goh memotong reben sebagai simbolik pembukaan outlet baharu DSE di AEON Mall Kuching Central, Kuching, semalam.
KUNJUNGI KAMI: (Dari kiri) Chua, Wong, Erwin dan Goh memotong reben sebagai simbolik pembukaan outlet baharu DSE di AEON Mall Kuching Central, Kuching, semalam.

KUCHING: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dengan bangganya merasmikan pembukaan outlet baharu Digi Store Express (DSE) di Tingkat Bawah, AEON Mall Kuching Central semalam.

Pembukaan outlet baharu itu adalah sebahagian komitmen Digi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya di negeri ini dan ia merupakan yang kesembilan di Kuching dan ke-16 di Sarawak.

Selain itu, pembukaan oulet baharu itu juga menandakan janji Digi yang berterusan dalam memberikan satu pengalaman runcit yang lancar kepada pelanggan melalui konsep runcit terbukanya yang baharu.

Outlet DSE  baharu itu dilancarkan oleh Ketua Digi Wilayah Sarawak, Casper Goh bersama Rakan Kongsi Digi, Adrian Wong Han Lung dari Simple Style Mobile, Ketua Jualan Runcit Digi Sarawak, Anita Chua  dan Pengurus AEON Mall, Erwin Reyes.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan cawangan baharu ini  kerana ia memberikan kemudahan tambahan kepada ramai pelanggan Digi yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan ini.

“Cawangan DSE adalah sebahagian daripada konsep runcit baharu Digi yang mencerminkan jangkaan pelanggan untuk pengalaman perkhidmatan yang lebih baik sementara menawarkan akses dan kemudahan yang lebih besar,” kata Goh.

Menurut Goh, pelanggan boleh mengharapkan pengalaman lancar apabila mereka mengunjungi DSE baharu itu  untuk sebarang perkhidmatan seperti pembayaran bil pascabayar, penggantian kad SIM, perkhidmatan nombor telefon mudah alih (MNP), pakej telefon dan banyak lagi.

“Selain itu, mereka akan mepunyai pengalaman ‘hands-on’ pada peranti terkini yang dipamerkan  dan peluang untuk menyemak pelbagai produk dan aksesori yang lebih luas,” katanya.

Katanya, pendaftaran pelanggan baharu juga akan menjadi lebih mudah dengan Digi Mobile Sales Agent (MSA), sebuah sistem jualan yang mempercepatkan proses pendaftaran sehingga 20 saat, sejajar dengan cita-cita Digi untuk memastikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik

“Kami akan terus memperluaskan liputan di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan digital. Sementara itu, untuk 4G Plus kami telah berkembang ke empat bandar utama iaitu Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu,” tambah Goh.

Sempena dengan pembukaan outlet itu semalam,  Digi memberikan rebat RM100 kepada 100 pelanggan pertama yang mendaftar bagi langganan peranti di outlet tersebut.

Untuk keterangan lanjut,  orang ramai boleh melayari laman www.digi.com.my.

Advertisement