Anda di sini

Colombia berkas pembunuh upahan Escobar

Advertisement
 Gambar dikeluarkan oleh pejabat akhbar Polis Kebangsaan Colombia menunjukkan Jhon Jairo Velasquez alias ‘Popeye’ telah ditangkap atas tuduhan melakukan pemerasan menurut pihak polis di Medellin, kelmarin. — Gambar AFP
TUMPAS: Gambar dikeluarkan oleh pejabat akhbar Polis Kebangsaan Colombia menunjukkan Jhon Jairo Velasquez alias ‘Popeye’ telah ditangkap atas tuduhan melakukan pemerasan menurut pihak polis di Medellin, kelmarin. — Gambar AFP

BOGOTA: Pihak polis di Colombia menyatakan kelmarin mereka telah memberkas semula salah seorang pembunuh upahan utama mendiang ketua dadah Pablo Escobar, Jhon Jairo Velasquez alias “Popeye” yang dikehendaki bagi pemerasan.

Popeye, 56, yang telah dibebaskan dari penjara pada 2014 selepas 23 tahun  berada dalam siasatan kerana dikatakan melakukan ugutan di dalam akaun Twitternya terhadap Gustavo Petro, calon haluan kiri dalam pilihan raya Ahad lepas.

Namun dia telah ditangkap bagi “pemerasan”, seorang sumber dalam pejabat  pendakwa raya khas yang bertanggungjawab bagi menentang jenayah terancang memberitahu AFP.

Popeye merupakan salah seorang dari ketua “sicarios” Escobar atau pembunuh upahan semasa tempoh paling berdarah bagi kebangkitan Medellin Cartel pada tahun 1980.

Namun dia telah meninggalkan Cartel pada 1992. Escobar telah dibunuh dalam satu kejadian tembak-menembak di atas bumbung dengan pihak polis di Medellin pada tahun berikutnya.

Sejak meninggalkan penjara, Popeye telah menjadi sangat aktif di dalam media sosial.

Seorang senator haluan kiri, Ivan Cepeda, telah memaklumkan pihak polis mengenai mesej ugutan yang dihantar kepada Petro dan para penyokongnya.

“Kami menerima satu aduan rasmi dalam kes ini” dan melancarkan satu siasatan, menurut ketua pendakwa raya Nestor Humberto Martinez.

Popeye telah menyatakan akaun Twitter telah digodam. — AFP

Advertisement