Anda di sini

1,500 pendatang diselamatkan di Mediterranean

Advertisement

ROM: Kira-kira 1,500 pendatang telah diselamatkan di Mediterranean pada Khamis dan kelmarin dalam beberapa operasi melibatkan pasukan tentera laut Itali dan kapal-kapal yang disewa oleh pihak NGO dan agensi sempadan EU Frontex, menurut pihak pengawal pantai Itali.

Kelmarin sahaja, tujuh operasi berasingan telah menahan seramai 1,050 orang ketika mereka cuba untuk menyeberang ke Eropah. Operasi telah diselaraskan oleh pihak pengawal pantai Itali.

NGO dari Jerman, Sea-Watch dan Sea-Eye menyatakan mereka telah menyelamatkan hampir separuh dari jumlah yang ditahan 450 orang dari tiga kapal yang penuh.

Ketika penghuni kapal ketiga telah ditahan, sebuah bot peronda Libya telah datang di tempat kejadian mendesak beberapa pendatang terjun ke dalam laut bagi mengelakkan dibawa pulang ke Libya. Bagaimanapun, kapal Libya, mengekalkan jarak mereka dan semua pendatang telah diselamatkan oleh dua NGO tersebut.

Sejak beberapa bulan lepas pihak pengawal pantai Libya telah mengambil tanggungjawab bagi satu jumlah operasi menyelamat yang semakin bertambah, kemudian menghantar mereka yang diselamatkan kembali ke Libya.

Pada Khamis lepas, sebuah kapal tentera laut Itali telah menyelamatkan 69 pendatang, sementara sebuah bot tentera laut Portugis mengambil bahagian dalam Operasi Triton antipenyeludupan oleh Frontex telah menyelamatkan 296 orang lagi.

Kehadiran terbaharu adalah tambahan kepada 10,800 pendatang yang telah mendaftar di Itali sejak awal tahun, menurut jumlah dari International Organisation for Migration (IOM).

Jumlah itu adalah kira-kira 80 peratus lebih rendah berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, kebanyakan berpunca dari perjanjian yang dicapai di antara pihak berkuasa Itali dan Libya serta militan.

Pihak pengawal pantai Libya telah menghalang lebih dari 6,500 pendatang pada tempoh yang sama, dinyatakan oleh kenyataan IOM, sementara 383 orang telah dilaporkan meninggal dunia atau hilang di luar Libya. — AFP

Advertisement