Anda di sini

100 tetamu meriahkan majlis berbuka puasa di surau UCTS

Advertisement
 Dr Annuar (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima disaksikan Sabaruddin (kiri), Khairuddin (tengah), Fairul (kanan) dan yang lain.
SUMBANGAN: Dr Annuar (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima disaksikan Sabaruddin (kiri), Khairuddin (tengah), Fairul (kanan) dan yang lain.

SIBU: Kira-kira 100 tetamu memeriahkan majlis berbuka puasa di Surau Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini, petang kelmarin.

Majlis tersebut merupakan anjuran Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam UCTS dan UCTS.

Majlis berbuka puasa diserikan dengan kehadiran Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.

Hadir sama Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Timbalan Naib Censelor UCTS (Akademik) Profesor Datuk Dr Sabaruddin Mohd dan Pengerusi PGBS, Abang Fairul Syarmil Abang Mohamad.

Pada majlis itu, Dr Annuar menyampaikan sumbangan kepada seramai 16 pelajar UCTS dan sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu.

Sumbangan adalah daripada kakitangan UCTS dan individu persendirian.

Selepas majlis berbuka puasa, program diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.

Advertisement