Anda di sini

Bot karam: Mayat budak lelaki ditemui, ibu masih hilang

Advertisement
Operasi SAR diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa iaitu ,Eviline Linty Kaya.
Operasi SAR diteruskan untuk mencari Eviline Linty Kaya.
 

JULAU: Mangsa kedua tragedi bot panjang yang karam di Lubuk Sepali, Nanga Ensiring, dekat sini, ditemui pada jam 7 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, mayat yang dijumpai tersebut ialah seorang kanak-kanak yang dipercayai Kelvin Sama Markus, 6 tahun.

"Mangsa ditemui di Sungai Sepencur oleh penduduk rumah panjang yang melalui laluan air tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi mencari mangsa terakhir, iaitu ibu mangsa, yang dikenalpasti sebagai Eviline Linty Kaya masih diteruskan.

Dalam kejadian 5 petang Khamis, empat sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke Rumah Bedali apabila bot panjang yang dikemudikan seorang lelaki karam.

Hanya seorang lelaki terselamat, manakala mayat Lenny Ingang, 54 ditemui sekitar 12.30 tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Julau (KPD),  DSP Bidol Noyeng  dalam kenyataan media turut mengesahkan tentang penemuaan mayat budak lelaki terbabit.

"Mayat mangsa yang ditemui tersebut telahpun dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement