Anda di sini

Sabas anjur majlis buka puasa

Advertisement
 

BERBUKA PUASA...Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) mengadakan Majlis Berbuka dan Solat Terawih Sabas Zon Suan Lamba dan Kuala Suan Lamba di Masjid Jamek An Nur Rancangan Suan Lamba Peringkat 2 Kinabatangan, yang turut dihadiri oleh Presiden Sabas Dato Juhari Janan dan AMT Sabas.

Juhari dalam ucapan ringkasnya meminta ahli Sabas supaya mengkukuhkan ukwah silatulrahim.

Pada majlis itu, seramai 50 golongan asnaf menerima sumbangan yang disampaikan oleh Juhari.

Turut hadir Pengerusi Sabas Zon Rancangan Suan Lamba Ahmad Amir dan Imam Hj. Mohammad Abdul Rahim.

Kelihatan Juhari (tengah) bersama AMT Sabas dengan ahli-ahli Sabas selepas majlis berbuka puasa dan solat Terawih.

Advertisement