Anda di sini

Projek Pan Borneo Sabah akan diteruskan

Advertisement
SHAFIE ketika ditemuramah pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Ramadan RTM 2018, di sini hari ini..
SHAFIE ketika ditemuramah pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Ramadan RTM 2018, di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Pelaksanaan projek mega Lebuhraya Pan Borneo dijangka akan diteruskan, meksipun keterbatasan kewangan yang melanda negara khususnya di Peringkat Persekutuan berlaku ketika ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menaruh keyakinan tinggi bahawa projek itu akan diteliti secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan demi kepentingan dan manfaat rakyat di negeri ini.

"Saya yakin projek ini akan terus dilaksanakan, cuma mungkin disebabkan masalah kewangan terbatas pada saat ini menjadi kekangan.

"Sehinggakan gaji menteri di peringkat pusat pun kena potong, jadi ini adalah kekangan yang perlu kita ambil kira," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Ramadan RTM 2018, di sini hari ini.

Selain itu, Shafie berkata, kerajaan negeri juga tidak terlepas dengan masalah kewangan disebabkan hutang yang mana ramai rakyat tidak menyedari akan perkara itu.

Justeru katanya, kerajaan pada masa kini akan sedaya upaya memperincikan setiap hutang yang ada melalui  Yayasan Sabah serta kerajaan negeri terdahulu untuk proses pembayaran.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menghentikan pengeksportan balak buat sementara waktu dan menstruktur semula peranan dan pendekatan Yayasan Sabah agar lebih ke arah kepentingan rakyat.

Advertisement