Anda di sini

Nabil Ahmad, Alif Satar, Janna Nick meriahkan pembukaan cawangan baharu PrimaValet

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Mengambil pendekatan ‘all out’ di media sosial, pembukaan cawangan baharu PrimaValet di Wangsa 118 dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung telah diserbu ribuan pelanggan yang mahu mendapatkan diskaun koleksi baju raya yang ditawarkan.

Dikatakan sebagai hub fesyen terbesar di tanah air, pembukaan cawangan baharu ini diserikan dengan barisan ‘Stars of PrimaValet’ seperti Alif Satar, Janna Nick, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Ageef Anaqi.

Majlis pembukaan itu turut dimeriahkan dengan celoteh Nabil Ahmad yang bertindak sebagai pengacara.

Pemilik utama PrimaValet, Nik Muhd Amin Nik Mahamed ketika ditemui selepas acara perasmian berkata sambutan yang diberikan adalah luar biasa memandangkan negara baru ‘kebah’ daripada demam PRU14 pada 9 Mei dan ramai warga kota masih berada di kampung untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Memegang motto ‘designers made affordable’, Nik Muhd berkata pakaian hari raya di PrimaValet dijual pada harga yang mampu milik dengan kualiti kain dan rekaan yang tinggi.

Sementara itu Pengarah Urusan PrimaValet Dr Arshad Beg berkata, cawangan PrimaValet Wangsa 118 akan menjual semua Koleksi Raya 2018, bermula dari koleksi biasa sehinggalah koleksi premium.

Antara koleksi yang boleh didapati di cawangan ini dan juga secara dalam talian adalah baju melayu dan kurta PV Man, baju kurung PV Woman, PV kids, kurta Arjuna, Zoud serta koleksi eksklusif pereka terkenal Eizuwan Ismail. — Bernama

Advertisement