Anda di sini

Miliki dadah: Lelaki kena 15 tahun, sepuluh sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 15 tahun dan sepuluh sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki dadah seberat 32.58 gram.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Ali Kimura, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) (r) akta sama.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 28 Mac tahun lalu jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah, Kampung Baranoun, Telipok daerah Tuaran.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara minimum lima tahun atau seumur hidup dan tidak kurang daripada sepuluh sebat.

Pada 16 April, tertuduh diperintahkan membela dirinya atas pertuduhan itu, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Semasa rayuan, Muhammad Ali yang tidak diwakili peguam memohon agar hukumannya diringankan, kerana perlu menanggung keluarganya.

Timbalan Pendakwaraya Husna Abdul Halim menegaskan, tempoh pemenjaraan yang lama harus dikenakan terhadap tertuduh, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 28 Mac tahun lalu, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement