Anda di sini

Lelaki diperintah bela diri, rogol gadis bawah umur

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki diperintahkan membela dirinya pada 7 Jun, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Azhar Jeminos, 23, setelah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Tertuduh didakwa merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun 11 bulan, pada Mac 2015 di pondok sebuah kampung, daerah Tuaran.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun dan sebat.

Sepanjang perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim memanggil enam saksi untuk memberikan keterangan.
Peguam Azhier Farhan Arisin mewakili Mohd Azhar.

Dalam  kes berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Mahkamah menetapkan pada 27 hingga 28 Jun, sebagai tarikh perbicaraan terhadap tertuduh yang berusia 47 tahun, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan alternatif.

Tertuduh sebagai datuk saudara kepada mangsa yang berusia 3 tahun, didakwa menyentuh bahagian kemaluan mangsa, pada 19 September di sebuah rumah, di sini.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (a) (i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dikenakan penjara selama sepuluh tahun dan denda.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit salah.

  • oleh
  • Advertisement