
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 26 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 37.79 gram.
Bagaimanapun Tadih Hassan yang tidak memiliki dokumen diri mengaku tidak bersalah, setelah pertuduhan dibacakan kepadanya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 31 Oktober tahun lalu jam 6.30 petang, di tepi sebuah restoran, Bandar Sierra, di sini.
Terdahulu, Husna membantah jaminan diberikan kepada tertuduh, kerana bukan seorang warganegara.
Beliau juga memaklumkan, enam saksi akan dipanggil pihaknya untuk memberikan keterangan ketika perbicaraan.
Hakim Azreena Aziz menetapkan pengurusan kes pada 25 Jun dan tarikh perbicaraan pada 17 Ogos terhadap tertuduh.
Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diperintahkan diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.