Anda di sini

Kerajaan jamin sistem pengangkutan akan dinaik taraf

Advertisement
JIMMY (dari kiri), Chan, Yeo, Tan, Phoong dan Jannie ketika dalam sidang media itu.
JIMMY (dari kiri), Chan, Yeo, Tan, Phoong dan Jannie ketika dalam sidang media itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan memberikan jaminan bahawa sistem pengangkutan di bandaraya ini akan dinaik taraf sehingga setanding dengan kemudahan yang ada di negeri lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe berkata, sistem pengangkutan yang sedia ada sudah ketinggalan zaman berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia.

"Cadangan perkhidmatan menggunakan Bas Rapid Transit (BRT) di sini telah diluluskan dalam satu sidang Parlimen pada 2015 tetapi perlaksanaan yang dijanjikan pada 2016 gagal dimulakan.

"Oleh itu, dengan pertukaran kerajaan kini, saya rasa kami mempunyai tanggungjawab sangat berat bagi memenuhi jangkaan rakyat yang inginkan satu sistem pengangkutan moden," katanya dalam sidang media selepas hadir dalam Taklimat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada Ahli Parlimen di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Adun Kapayan Jannie Lasimbang mencadangkan DBKK perlu mengadakan satu sesi dialog bersama orang ramai sekali sebulan.

Katanya, perkara itu dilihat lebih berkesan dalam usaha pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan sebarang aduan daripada rakyat.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan juga Adun Sri Tanjong Jimmy Wong turut mencadangkan bahawa pendapat orang awam wajar disertakan dalam sebarang sistem yang diperkenalkan oleh DBKK khususnya tiket letak kenderaan.

Selain itu katanya, semua kontraktor yang dipertanggungjawab membersihkan bandaraya di daerah seluruh negeri juga perlu dipantau.

"Mereka harus patuhi terma serta syarat yang ditentukan DBKK untuk membersihkan kawasan masing-masing dengan lebih baik dan tidak hanya mengambil keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kebersihan," katanya.

Adun Likas Tan Lee Fatt dalam pada itu turut bersetuju bahawa proses menaik taraf sistem pengangkutan, lalu lintas, masalah banjir dapat diselesaikan segera.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

  • oleh
  • Advertisement