Anda di sini

Beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

Advertisement

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama dengan kerajaan baharu di sini untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, rakyat dengan jelas telah menyatakan hasrat kerajaan yang diinginkan selain mahu perkhidmatan disampaikan berkualiti dan pantas.

"Kita sebagai penjawat awam dalam DBKK akan mematuhi arahan daripada kerajaan yang ada dan segala perlaksanaan tugasan kepada rakyat akan dilakukan dengan terbaik.

YEO menyampaikan cendera kenangan kepada Chan (dua kiri) turut kelihatan ialah Jimmy (kiri), Tan ( tiga kanan), Phoong ( dua kanan) dan Jannie (kanan).
YEO menyampaikan cendera kenangan kepada Chan (dua kiri) turut kelihatan ialah Jimmy (kiri), Tan ( tiga kanan), Phoong ( dua kanan) dan Jannie (kanan).

"Kini saya juga sangat gembira bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari sekitar bandaraya ini menawarkan diri untuk bersama-sama hadir dalam jawatankuasa bencana alam sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan alam sekitar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan satu Taklimat Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu kepada Ahli Parlimen di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata, salah satu perkara yang dijadikan keutamaan adalah sistem lalu lintas dan pengangkutan awam di sini.

Katanya, dua daripada Menteri di Kerajaan Persekutuan adalah dari DAP iaitu Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"DAP Sabah akan cuba mendapatkan peruntukan sepatutnya untuk disalurkan kepada DBKK seterusnya digunakan meningkatkan keupayaan pengangkutan awam di sini.

"Saya juga berbangga dengan prestasi DBKK yang berjaya mengurangkan hutang daripada RM21 juta kepada RM11 juta selain menjadikan bandaraya ini bertaraf lima bintang," katanya.

Menurutnya, berkaitan dengan masalah saliran, DBKK boleh mengadakan kerjasama daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong kerana Jabatan Pengairan dan Saliran terletak di bawah kementeriannya.

Katanya, taklimat bersama DBKK akan diteruskan di masa akan datang selain mencadangkan agar program seumpamanya perlu disiarkan secara langsung menerusi facebook.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan juga Adun Sri Tanjong Jimmy Wong, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Adun Luyang Phoong Jin Zhe dan  Adun Likas Tan Lee Fatt.

  • oleh
  • Advertisement