Anda di sini

Wanita didakwa kerana miliki tiket loteri haram

Advertisement

MIRI: Seorang wanita didenda RM3,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Batu Niah kerana kesalahan memiliki tiket loteri haram.

Carrol Bajing dari Niah telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki dua keping kertas putih tercatat nombor ekor haram berangka 10,000 digit loteri sebagai loteri awam haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 petang, 21 April lalu di sebuah premis di Batu Niah Bazaar.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya. Tambahan dia telah berhenti kerja di premis tersebut.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa, manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement