Anda di sini

'Ubah kehidupan rakyat'

Advertisement

Peringatan Shafie kepada jemaah menteri

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin mampu meletakkan Sabah di landasan yang mempunyai kekuatan kewangan cukup baik dan sihat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun keadaan (kewangan) Sabah hari ini tidak cukup sihat, beliau tetap yakin kekayaan sumber sedia ada akan membantu mencapai matlamat kerajaan.

SHAFIE (tengah) menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada wakil penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Sukarti (dua kiri), Asnimar (kanan) dan Nor Rizan (kiri).
SHAFIE (tengah) menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada wakil penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Sukarti (dua kiri), Asnimar (kanan) dan Nor Rizan (kiri).
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan para jemaah menteri supaya melaksanakan tanggungjawab untuk mengubah kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi.
 
Katanya, tangisan dan kesusahan rakyat perlu didengar dalam usaha membawa perubahan ke arah kebaikan.
 
Bagaimanapun, Shafie menegaskan supaya para pemimpin tidak berubah selepas menerima jawatan sebagai menteri.
 
"Jangan esok kita jadi menteri, kita yang berubah...dari rumah kecil ubah jadi besar. Kereta kecil ubah jadi kereta besar.
 
"Saya tidak ingin melihat barisan kepimpinan ini berubah. Saat kamu mengubah cara hidup, saya juga akan ubah kamu dari barisan Kabinet negeri," katanya.
 
Shafie berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018 kepada Pasukan Keselamatan di sini pada Khamis.
 
Menurutnya, penting bagi rakyat di negeri ini saling bantu-membantu dalam memastikan kerajaan dapat menjayakan agenda membangunkan negara.
TETAMU yang hadir tidak melepaskan peluang berswafoto bersama Shafie (tengah).
TETAMU yang hadir tidak melepaskan peluang berswafoto bersama Shafie (tengah).
 
"Saya sedar dan tahu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhadapan masalah ekonomi yang amat mencabar.
 
"Justeru, kita di peringkat negeri akan berusaha membantu yang terbaik untuk masa depan dan pembangunan negara," katanya.
 
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Asnimar Sukardi dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.
  • oleh
  • Advertisement