Anda di sini

Tangani gangguan anasir luar

Advertisement

Tempatkan aset keselamatan di kawasan memerlukan: Shafie

KOTA KINABALU: Aset keselamatan di negeri ini perlu ditempatkan di kawasan yang lebih memerlukan kawalan keselamatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan melihat perkara itu secara komprehensif bagi mengenal pasti kawasan yang amat memerlukan penempatan aset keselamatan.
ANTARA penyumbang bungkusan kuih muih hari raya kepada pasukan keselamatan.
ANTARA penyumbang bungkusan kuih muih hari raya kepada pasukan keselamatan.
Beliau turut menyuarakan perkara itu ke peringkat pusat dan pendekatan yang lebih teliti dan mendalam diperlukan dalam pelaksanaannya.
 
Menurutnya, penempatan aset ke kawasan lain bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan pencarian lokasi, kawasan yang sesuai serta peranan pasukan barisan hadapan yang perlu diletakkan secara teliti.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018 kepada Pasukan Keselamatan di sini pada Khamis.
 
Shafie menegaskan, tindakan berkenaan antara perubahan agresif yang dilakukan pentadbiran baharu kerajaan negeri.
 
"Saya sedar dan tahu, kawasan sempadan amat memerlukan kehadiran pasukan keselamatan yang kuat bagi menangani masalah gangguan anasir luar dari membolosi keadaan keselamatan negara kita.
SHAFIE menyampaikan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan.
SHAFIE menyampaikan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan.
"Kita juga akan menyusun semula keadaan sistem pertahanan di Sabah secara kritikal dengan cara yang efektif dalam masa terdekat ini," jelasnya.
 
Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama daripada semua peringkat dapat dipertingkatkan lagi.
 
Pada majlis itu, sebanyak 35 penyumbang membabitkan agensi dan jabatan kerajaan menyampaikan sumbangan kuih-muih Hari Raya kepada pasukan keselamatan.
 
Setiap pasukan keselamatan menerima sebanyak 53 kotak sumbangan kuih Hari Raya.
 
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan wakil ketua-ketua agensi keselamatan di negeri ini.
 SHAFIE (duduk,tengah) dan isteri, Shuryani (duduk, tujuh dari kanan) bergambar kenangan bersama para penyumbang dan anggota.
SHAFIE (duduk,tengah) dan isteri, Shuryani (duduk, tujuh dari kanan) bergambar kenangan bersama para penyumbang dan anggota.
  • oleh
  • Advertisement