Anda di sini

Raja Muda Perlis tiba di Sabah

Advertisement
TUANKU Faizudin bersalaman dengan pegawai kerajaan yang hadir.
TUANKU Faizudin bersalaman dengan pegawai kerajaan yang hadir.
KOTA KINABALU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini sehingga Ahad ini.
 
Ketibaan baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tengahari Khamis disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.
 
Hadir sama ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din serta pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.
 
Tuanku Syed Faizudin dijangka akan melawat pos-pos kawalan Ops Pasir di sekitar pulau-pulau di Kudat.
Advertisement