Anda di sini

Perkhidmatan Syarikat Warisan Teguh Bistari S.B digantung sementara

Advertisement

KOTA KINABALU: Perkhidmatan Syarikat Warisan Teguh Bistari Sdn Bhd digantung sementara kerana gagal mematuhi terma dan syarat kontrak pendalaman 30 kilometer (km) daripada 70​km sungai di Kota Belud.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong berkata syarikat berkenaan gagal mengemukakan tiga dokumen dan turut gagal melantik sub kontraktor di bahagian Bidang Kritikal.

JUNZ menunjukkan dokumen Kontrak Reka dan Bina projek berkenaan.
JUNZ menunjukkan dokumen Kontrak Reka dan Bina projek berkenaan.

“Melalui Jabatan Perairan dan Saliran Sabah, satu surat penggantungan dan surat amaran pertama telah diserahkan kepada syarikat tersebut kerana gagal mematuhi terma dan syarat surat pemberian ‘Projek Pengorekan dan khas Pengambilan Batu dan Pasir di Sungai yang Terjejas akibat Gempa Bumi di Kota Belud’ iaitu dokumen Bon Prestasi dalam bentuk Jaminan Bank;

Polisi Insurans; Surat Pelantikan Perunding serta gagal melantik sub kontraktor di Bidang Kritikal.

“JPS juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud pada minggu lepas berkenaan perkara ini dan kontrak syarikat berkenaan mungkin akan ditamatkan, tertakluk kepada nasihat dari Dewan Peguam Negara.

“Dalam pada masa yang sama kita juga akan menyediakan reka bentuk dan mekanisme baharu bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Kota Belud,” katanya dalam satu sidang media khas di kementerian berkenaan​,​ pagi tadi.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri terdahulu telah meluluskan dan melantik Syarikat Warisan Teguh Bistari Sdn Bhd melaksanakan projek tersebut dan turut melantik lapan sub kontraktor di bawah projek berkenaan.

Menurut Junz, dua jawatankuasa telah ditubuh untuk menyelia projek berkenaan iaitu Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh JPS Sabah dan turut dilantik sebagai Agensi Pelaksana.

“Surat penganugerahan kontrak telah dikeluarkan yang dikeluarkan pada 27 Februari 2018 dengan memiliki tapak pada 20 Mac 2018 hingga 19 Mac 2021 selama ​tiga​ tahun dengan anggaran kos projek berjumlah RM18,835,400 yang telah dipersetujui untuk dibayar secara ‘in kind’.

JUNZ  (dua dari kanan), Zulkifli (dua dari kiri) serta ​Penasihat Politik kepada ​Menteri Pertanian dan Industri Makanan, ​Datuk David Chong (kiri) dan ​Setiausaha Politik kepada ​Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Rakam Sijim (kanan) dalam sidang media pagi tadi.
JUNZ (dua dari kanan), Zulkifli (dua dari kiri) serta ​Penasihat Politik kepada ​Menteri Pertanian dan Industri Makanan, ​Datuk David Chong (kiri) dan ​Setiausaha Politik kepada ​Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Rakam Sijim (kanan) dalam sidang media pagi tadi.

“Sejak permulaan projek, Jawatankuasa Teknikal telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk memantau dan memastikan projek tersebut berjalan mengikut pelan mengikut keperluan kontrak,”​  ujarnya.

Hadir sama ​ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perindustrian Makanan, Zulkifli Harith.-Penerangan.

Advertisement