Anda di sini

Pairin kekal Huguan Siou Kadazandusun

Advertisement
PETER (tengah) beramah mesra bersama media.
PETER (tengah) beramah mesra bersama media.
 
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kekal sebagai Huguan Siou dan akan terus dihormati.
 
Beliau menegaskan tiada sebab untuk mengetepikan Pairin sebagai Huguan Siou, malah tiada siapa yang boleh mencabar kedudukan beliau untuk jawatan itu.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 bersama media di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, di sini pada Rabu.
 
Beliau yang juga pengerusi induk Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 juga menganggap dirinya tidak layak untuk menjadi Huguan Siou dan juga tidak berminat untuk memegang jawatan berkenaan.
 
Peter berkata demikian sebagai menjawab dakwaan yang dibuat melalui media sosial berikutan pelantikannya sebagai pengerusi induk Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018.
 
Sambil memberitahu bahawa jawatankuasa lama Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 telah dikekalkan, beliau berkata isu budaya tidak boleh dicampurkan dengan politik.
 
"Budaya bukanlah politik. Pilihan raya juga sudah berlalu," katanya.
 
  • oleh
  • Advertisement