
Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, arahan untuk menggantung kerja ketiga-tiga malim gunung berkenaan dibatalkan serta-merta.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata, tempoh ketiga-tiga malim gunung terbabit digantung kerja sepatutnya berakhir penghujung bulan ini.
Bagaimanapun, pihaknya membatalkan perkara itu dan malim gunung berkenaan boleh kembali bertugas berkuatkuasa pada 24 Mei 2018.
Pada Mac lepas, tindakan ketiga-tiga malim gunung mengibarkan bendera Warisan mendapat perhatian umum selepas tular di laman sosial.
Akibatnya, mereka dikenakan tindakan digantung kerja bermula 20 Mac hingga 31 Mei 2018.