Anda di sini

Kontraktor dikompaun RM25 ribu kerana cuai

Advertisement
PAIP utama milik Jabatan Air yang pecah akibat kecuaian sebuah syarikat kontraktor.
PAIP utama milik Jabatan Air yang pecah akibat kecuaian sebuah syarikat kontraktor.

SANDAKAN: Sebuah syarikat kontraktor telah dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 akibat kecuaian hingga menyebabkan paip utama milik Jabatan Air di sini pecah.

Jurutera Air Bahagian Sandakan Ishar Hamka Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian paip utama pecah di Jalan Sandakan-Kinabatangan pada Selasa. 

Menurut beliau, pihaknya telah mendapati paip utama MSCL 350mm telah pecah akibat kecuaian pekerja dari sebuah syarikat yang sedang menjalankan projek naik taraf jalan Pan-Borneo (Sandakan-Kinabatangan).
 
Berikutan itu, pihak kontraktor yang bertanggungjawab diarahkan membaiki kerosakan bagi mengelakkan pembaziran air dan gangguan berterusan kepada pengguna, selaras dengan Seksyen 49(a), Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.
 
"Pihak Jabatan Air menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.
 
"Selain itu, pejabat ini juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumkan sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air dengan segera di talian hotline Jabatan Air Sandakan: 1-300-8888-55," katanya.
  • oleh
  • Advertisement