Anda di sini

Dua individu ditahan bersama dadah lebih dua kilogram

Advertisement
 Lam (tengah) bersama pegawai menunjukkan dadah dipercayai jenis heroin seberat 2.27 kilogram pada sidang media di Kuantan, semalam.  — Gambar Bernama
OPERASI: Lam (tengah) bersama pegawai menunjukkan dadah dipercayai jenis heroin seberat 2.27 kilogram pada sidang media di Kuantan, semalam. — Gambar Bernama

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki bersama dadah jenis heroin seberat lebih 2.27 kilogram dan syabu 2.9 gram dalam  operasi di kawasan letak kereta R&R Genting Sempah, Bentong pada malam Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Lam Thiam Huat berkata bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek berumur 24 dan 40 tahun yang berhenti di kawasan hentian rehat berkenaan kira-kira 10 malam.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki, polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 2,270 gram yang dianggarkan bernilai RM68,125.

“Selain itu pemeriksaan terhadap anggota badan kedua suspek turut menemui syabu seberat 2.9 gram bernilai RM435,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Berdasarkan siasatan katanya, suspek yang berumur 40 tahun  mempunyai tiga rekod lampau berkaitan n dadah.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 27 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama

Advertisement