Anda di sini

114,128 permohonan pendaftaran pemilih baharu dalam suku pertama 2018: SPR

Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 114,128 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak dan 48,763 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar dalam suku tahun pertama tahun 2018 (ST1/2018).

SPR dalam satu kenyataan semalam berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi tempoh berkenaan akan dipamerkan selama 14 hari mulai hari ini (semalam) hingga 5 Jun di 961 tempat-tempat pameran di seluruh negara.

Suruhanjaya itu meminta mereka yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018 dinasihatkan untuk menyemak nama mereka dalam Rang DPT ST1/2018.

“Sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan dalam Rang DPT ST1/2018, mereka boleh  membuat tuntutan melalui Borang B,” kata SPR.

Bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT ST1/2018 dalam satu-satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.

SPR berkata semasa tempoh pameran Rang DPT ST1/2018, suruhanjaya itu juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada daftar pemilih ialah kerana telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan berdasarkan peruntukan Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT ST1/2018 boleh menghubu-ngi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-8892 7018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Pemohon juga boleh me-layari portal SPR di www.spr.gov.my atau menerusi appli-kasi telefon pintar MySPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT ST1/2018. — Bernama

Advertisement