Anda di sini

Rogol gadis bawah umur: Kes disebut semula 4 Jun

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan sebutan kes pada 4 Jun terhadap seorang lelaki yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Jackson Masih, 28, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 19 September tahun lalu jam 7 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Kuala Penyu.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, dua lelaki warga asing dikenakan penjara dan sebat atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Al Kimar Mustapha dikenakan penjara empat bulan, manakala Arbasha Nasir dipenjara empat bulan dan satu sebat.

Hukuman itu dijatuhkan kepada mereka selepas mengaku bersalah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 14 dan 19 Mei di kawasan sekitar ibu negeri.

Tamat tempoh hukuman, mahkamah memerintahkan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut dihantar pulang ke negara asal.

  • oleh
  • Advertisement