Anda di sini

Polis rampas dua laras senapang termasuk bakakuk

Advertisement

KOTA BELUD: Polis merampas dua laras senapang buatan sendiri termasuk ‘bakakuk’ dalam satu operasi membanteras pendatang tanpa izin (PTI) di rumah kongsi Safoda Kampung Ulu Kukut, di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud itu berjaya menahan 13 individu termasuk pemilik senapang.

“Semasa serbuan dijalankan polis menemukan senapang guli dan dua butir peluru jenis BB serta 25 butir guli dipercayai untuk dijadikan peluru.

“Kesemua barangan yang dirampas ditemukan bersebelahan seorang lelaki yang sedang tidur di dalam bilik rumah kongsi berkenaan,” katanya.

Menurutnya suspek turut mengakui senapang yang dirampas adalah miliknya yang didakwa ditemukan di dalam hutan.

“Semua tangkapan dan rampasan senapang beserta peluru dibawa ke IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

  • oleh
  • Advertisement