Anda di sini

Pekerja bengkel cedera tersepit bawah trak lori

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bawah trak lori.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bawah trak lori.

KENINGAU: Seorang pekerja bengkel mengalami kecederaan selepas tersepit di bawah trak lori pada pagi Rabu.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Raizaain Ag Damit berkata kejadian jam 9 pagi itu membabitkan seorang pekerja yang tersepit di bawah trak lori milik Majlis Daerah Keningau.

“Sebaik menerima panggilan pada jam 9.06 pagi, kita menggegaskan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama dua jentera ke lokasi kejadian sejauh 2 kilometer dari balai,” katanya.

Menurutnya anggota segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah trak lori semasa kerja penyelenggaraan dijalankan.

“Mangsa berumur 53 tahun yang tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 9.48 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement