Anda di sini

Operasi bersepadu cegah jenayah sekitar Sandakan

Advertisement
BEBERAPA individu yang ditahan dalam operasi itu untuk siasatan lanjut.
BEBERAPA individu yang ditahan dalam operasi itu untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menjalankan operasi bersepadu mencegah jenayah sempena perayaan Wesak dan Pesta Kaamatan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah DSP Radin Hazlen Radin Harun dengan menggerakkan seramai 18 anggota dari pelbagai bahagian termasuk Pasukan Sukarelawan Polis (SDPRM).

Beliau berkata operasi itu bertujuan mencegah berlakunya jenayah seperti pecah rumah, curi kenderaan, ragut, samun, pemerasan dan sebagainya.

Katanya semasa operasi itu beberapa individu ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Azhar menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah agar segera menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM untuk sama-sama membantu dalam membanteras jenayah di daerah ini.

  • oleh
  • Advertisement