Anda di sini

Hadiah wang tunai Pesta Kaamatan Peringkat Negeri ditambah

Advertisement

KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 mengambil pendekatan baharu untuk menambah jumlah hadiah wang tunai bagi pertandingan Unduk Ngadau.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, langkah itu dibuat bagi mengambilkira bebanan yang ditanggung para peserta dari segi penyewaan baju tradisi yang agak tinggi, di samping kos perjalanan untuk menyertai pertandingan itu di peringkat negeri.

"Ini adalah pendekatan baharu dan selari dengan pendekatan terbuka yang ditekankan kerajaan baharu sekarang bagi meringankan beban para peserta yang terpilih untuk meneruskan saingan di peringkat negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 kepada media, bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa di sini hari ini.

Johan atau pemenang `Unduk Ngadau' yang sebelum ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 kini ditambah kepada RM12,000. Naib Johan (dari RM4,000 kepada RM8,000), Ketiga (dari RM3,000 kepada RM6,000).

PETER (tengah) mendengar taklimat program  Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 kepada media di sampaikan oleh John (kiri).
PETER (tengah) mendengar taklimat program Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 kepada media di sampaikan oleh John (kiri).

Tempat Keempat (dari RM2,000 kepada RM4,000), Kelima (dari RM1,700 kepada RM3,400),  Keenam (dari RM1,500 kepada RM3,000) dan Ketujuh (RM1,300 kepada RM2,600).

Manakala tempat Kelapan hingga 15 (dari RM800 kepada RM1,600) dan hadiah sagu hati tempat ke 16 hingga 46 (dari RM500 kepada RM1,000).

Hadiah wang tunai bagi pertandingan Sungandoi dikekalkan RM6,000 untuk Johan, Naib Johan RM4,000 dan Ketiga RM3,000.

Hanya hadiah bagi peserta yang menduduki di tempat Keempat hingga Ketujuh dari RM600 kepada RM1,000 dan hadiah sagu hati dari RM300 kepada RM500.

Turut ditambah hadiah bagi pertandingan Songkotoun di mana Johan yang sebelum ini menerima wang tunai RM1,500 telah ditambah kepada RM3,000, Niab Johan (dari RM1,000 kepada RM2,000), Ketiga (dari RM800 kepada RM1,600).

Peserta saguhati  (dari RM200 kepada RM500) dan persembahan terbaik (dari RM300 hingga RM500).

Pertandingan KDCA - ISCEP Johan yang sebelum ini menerima RM500 telah dinaikkan kepada RM1,000,  Naib Johan (dari RM300 kepada RM600) dan Ketiga (dari RM200 kepada RM400).

Penambahan jumlah hadiah wang tunai itu melibatkan kos RM52,000.

Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 juga memberitahu bahawa perayaan itu pada tahun ini akan menyediakan makanan percuma untuk penduduk kampung yang datang untuk menyaksikan perayaan berkenaan.

"Kita memberi kelainan sedikit tahun ini, kalau dahulu kita memberi fokos kepada dif-dif jemputan untuk penyediaan makanan, tahun ini kita memberi penekanan kepada penduduk kampung.

Saya sendiri akan menyertai penduduk kampung untuk bersama-sama menikmati makanan yang disediakan penganjur," katanya.

Taklimat itu turut dihadiri Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018 Jennifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Abdul Muis Picho dan Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Datuk John Anthony.

  • oleh
  • Advertisement