Anda di sini

Edar dadah: Jurujual kosmetik ketahui nasib 3 Ogos

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan akan menyampaikan keputusannya pada 3 Ogos terhadap seorang jurujual kosmetik yang didakwa mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Romana Diong, 34, setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, akan mengetahui sama ada diperintahkan membela diri atas pertuduhan itu atau sebaliknya.

Mengikut pertuduhan, Romana mengedar dadah seberat 1,193.3 gram, pada 14 Disember 2016 jam 1.45 petang, di Jalan Tun Fuad Stephen, di sini.Jika sabit salah, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan sudah memanggil lima saksi untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan pada 13 Jun untuk pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan hujah masing-masing, dan pada 5 Julai untuk hujahan balas.

Kini Romana diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes terbabit selesai.

  • oleh
  • Advertisement