Anda di sini

Bekas gitaris Ekamatra dipenjara 10 tahun sebabkan kematian warga emas

Advertisement
 

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular era 1990-an atas kesalahan  menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa Februari lepas.

Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nurul Azman Salilholdin @ Salilhaldin, 44, yang berasal dari Johor selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang pada 25 Feb lepas di sebuah rumah di Taman Malaysia di sini, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ketika rayuan, tertuduh mohon dipenjarakan mengikut tarikh dia ditahan dan diletakkan di Penjara Kajang atas alasan bagi memudahkan keluarga melawatnya.

Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur meminta mehkamah mengenakan hukuman setimpal bagi mengambil kira kepentingan awam kerana apa yang dilakukan tertuduh adalah serius. - BERNAMA

Advertisement