Anda di sini

SPRM serbu kediaman Dr Jeffrey

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu rumah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) pada malam Isnin.

Serbuan itu dikatakan dijalankan sekitar tengah malam dan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu, ahli parti Star mendakwa bahawa SPRM turut menyerbu rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Robert Tawik serta pejabat parti mereka.

Jeffery juga diminta pergi ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Jeffrey ketika dihubungi Utusan Borneo kira-kira jam 3.55 petang Selasa memberitahu bahawa beliau berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sumber mengatakan kediamannya telah diserbu SPRM, dan hanya memberitahu bahawa beliau akan mengadakan sidang media selepas selesai memberikan keterangan.

  • oleh
  • Advertisement