Anda di sini

Sports Toto ceriakan 15 kanak-kanak istimewa

Advertisement

LAHAD DATU: Sports Toto Malaysia Sdn Bhd meraikan seramai 15 kanak-kanak istimewa dari Persatuan Bagi Orang-orang Pekak Sabah Cawangan Daerah Lahad Datu di rumah persatuan itu, di sini pada Selasa.

Pegawai Jualan Kawasan Andrew Lee Ching Leong berkata syarikat melaksanakan program yang dapat menyemarakkan keceriaan kanak-kanak untuk menyambut perayaan melalui tanggungjawab sosial korperat (CSR).

Menurutnya, sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, syarikat tampil menyampaikan bakti kepada masyarakat khususnya golongan yang memerlukan agar kemeriahan perayaan itu dapat dirai bersama.

ANDREW menyampaikan replika cek kepada Nicky.
GAMBAR kenangan sempena program itu.

"Kami datang ke sini untuk menceriakan kanak-kanak agar sambutan hari perayaan nanti lebih menggembirakan mereka sama seperti yang lain.

"Untuk itu, kami menyediakan hidangan dan beg goodies kepada kanak-kanak di sini seterusnya menyampaikan sumbangan syarikat kepada persatuan ini," katanya.

Sports Toto menyampaikan sumbangan bernilai RM3,000 kepada persatuan itu untuk dimanfaatkan bagi melaksanakan aktiviti dan keperluan persatuan.

Pengerusi persatuan Bebakur @Nicky Lee amat mengalu-alukan kunjungan syarikat itu dengan harapan kanak-kanak bergembira atas pelaksanaan program CSR itu.

Difahamkan, Sports Toto turut melaksanakan CSR yang sama di Jireh Home di Kota Kinabalu, Persatuan Bagi Orang-orang Pekak Sabah Cawangan Daerah Sandakan pada 24 Mei, The Salvation Army Children's Home, Kuching (25 Mei) Methodist Children's Home, Sibu (25 Mei) dan Bintulu Methodhist Children's Home, Miri (26 Mei).

Di Sabah dan Sarawak, Sports Toto menyumbang sebanyak RM18,000 di semua enam lokasi terpilih berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement